Saturday, May 12

Masaalah Susah Hamil

ANTARA PUNCA ISTERI SUKAR MENGANDUNG. PERKONGSIAN TIPS.

Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak – mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”

“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.

“Sudah berkahwin?” saya menambah.

“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.

“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab “ belum dapat anak lagi”.

Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh..
Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak), amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:

- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas

- Makan junk food,

- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai.

- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.

- Makan burger dan naget

- Makan jambu batu.

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.Tidak ketinggalan dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.

Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah. Bagaimana Allah akan meredai usaha kita sekiranya sebelum ini pernah menemui bomoh atau dukun untuk berubat agar mendapat anak?? Bagi mereka yang telah menemui dukun / bomoh termasuk dari pusat rawatan D*** *** dan mengutip pelbagai tangkal dan azimat sekembalinya dari berubat, taubatlah dan barangan yang diberikan oleh dukun tersebut bolehlah diposkan kepada saya untuk dilupuskan. Sila email saya untuk mendapat alamat lengkap saya.

Sekian semoga anda sekelian dikurniakan Allah zuriat keturunan yang soleh.

SAYA DAPATKAN TIP INI DARIPADA SATU LAMAN WED.

Tanda-tanda keguguran

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubungan seks
  • Senaman

Tuesday, May 8

Gangguan Kesihatan Bayi

SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) 
Hingga kini, sindrom kematian bayi secara mendadak ini masih lagi belum diketahui sebabnya.
Kemungkinan besar, korban yang umumnya berusia antara 2-4 bulan ini meninggal akibat tidur telungkup.
Lebih-lebih lagi, kajian yang dilakukan membuktikan, bayi yang selalu tidur terlentang dapat mengurangkan
risiko SIDS. Apa jalan keluarnya? Sebahagian pakar  perubatan berpendapat tidur telungkup amat perlu
kerana ia membuatkan paru-paru bayi dapat berkembang secara optimun. Oleh itu, biarkan bayi anda tidur
telentang daripada telungkup. Walaupun telungkup, jangan sekali-kali ditinggalkan bersendirian.

Demam 
Normalnya, suhu tubuh si kecil adalah sekitar 36,5-37°C. Jika suhunya di atas 37.7°C, ini bererti ia sedang
demam dan sistem kekebalan tubuhnya sedang bertempur melawan kuman penyakit yang sedang cuba
menjangkiti ke tubuh. Oleh itu, selalu ukur suhu  tubuhnya. Bila suhu tubuhnya 40°C atau lebih, tekap
dengan air hangat. Air dingin akan membuat pembuluh darah mengecut. Ini akan menyebabkan suhu panas
tubuhnya susah keluar dan akan menyebabkan suhu tubuhnya bertambah naik lagi nanti. Berikan ubat
penurun panas dan banyak-banyak minum (untuk mengganti cairan yang hilang akibat berpeluh). Ingat ya,
suhu tubuh di atas 37,7°C adalah hal serius bagi bayi di bawah 6 .Oeh itu, segera bawa bayi anda berjumpa
doktor.

Ruam 
Adalah gangguan pada sistem percernaan sehingga bayi menangis lebih dari 3 jam sehari. Biasanya, ruam
“mengintai” bayi sejak lahir hingga usia 3 bulan. Ciri khas ruam adalah tangisan si kecil disertai diangkatangkatnya kedua kaki ke dada (sangat sakitnya!), wajahnya kemerahan, sukar di diamkan, serta terjadi
menjelang malam. Jadi, segera keluarkan semua jurus menenangkan si kecil. Misalnya, menggendong,
menimang - nimang, memandikan dengan air hangat, dan sebagainya. Ada juga ubat khusus untuk
gangguan ini. Berikan mengikut kesesuaian dan saranan doktor.

Gumoh 
Pada minggu-minggu pertama, si kecil akan sering gumoh iaitu memuntahkan kembali sebagian ASI yang
dihisapnya. Penyebabnya? Ia terlalu banyak minum susu, sedangkan kapasiti perutnya sangat terbatas. Ia
juga boleh disebabkan posisi menyusu yang salah, sehingga udara pun tertelan. Jadi, si kecil harus selalu
bersendawa selesai menyusu, serta belajar lagi menyusu. Segera berjumpa doktor, jika bayi anda gumoh
lebih dari 5 kali sehari. Kalau dibiarkan berlarut-larut, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan cairan
tubuh). Lebih-lebih lagi , jika gumohnya disertai darah.

Cirit birit 
Buang air besar ini merupakan bentuk penolakan tubuh  terhadap kuman. Jadi, cirit birit bukanlah suatu
penyakit. Tetapi, ia berpunca akibat infeksi pada saluran pencernaan dan alahan. Gejalanya? Kotoran cair,
agak berlendir, ada darah, baunya menyengat, dan lainnya.  Jadi, bila si kecil masih menyusu, ASI masih
boleh diberikan. Namun, jika ia minum susu formula, ganti dulu dengan larutan oralit. Setelah beberapa
waktu, barulah susu formula boleh diberi semula. Cirit birit pada bayi di bawah usia 3 bulan selalu
berbahaya, apalagi jika ia muntah dan demam. Mengapa? Ini kerana, ia boleh dehidrasi Oleh itu, segeralah
dibawa berjumpa doktor, terutama sekali jika ia buang air besar sampai lebih dari 6 kali sehari.

Muntah 
Adalah keluarnya seluruh isi  perut kerana ruang isi  perut yang terhad dan terdapatnya infeksi. Muntah
memang tidak selalu bererti adanya gangguan, namun kalau dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan si
kecil dehidrasi. Apa yang boleh dilakukan? Berikan si kecil anda minum yang sebanyak-banyaknya. Kalau
urinnya berwarna kuning tua, lesu, mulut dan bibirnya kering, serta ubun-ubunnya cekung (bayi di bawah 18
bulan), ini bererti ia sudah dehidrasi. Jika si kecil muntah selama 6 jam, bawa ke doktor.

Kejang 
Umumnya, terjadi akibat demam. Biasanya, si kecil tiba-tiba pengsan, tubuhnya kaku dan nafasnya tertahan.
Usah panik dan telungkupkan si kecil di pangkuan, biar lidah tidak menyumbat jalan nafas. Jangan sekalikali mencuba membuka mulutnya yang terkatup atau menghentikan kejangnya, ia akan menyebabkan
keadaannya lebih teruk nanti. Apabila dia tidak tidak behitu kejang lagi, barulah anda boleh memeriksa
apakah ia menggigit lidahnya (letakkan saputangan lembut antara gusinya), jangan beri minum (akan
menyebabkan tersedak), serta longgarkan baju yang  mengganggu pernafasannya. Setelah itu, segera
berjumpa doktor.

Ruam lampin

Tanda-tandanya kulit menjadi kemerahan dan meradangnya kulit di daerah yang tertutup lampin. Umumnya,
ruam lampin terjadi kerana lampin yang basah tidak segera diganti. Atau, si kecil memang terkena alahan.
Kulit yang lembab dan kotor akan mempercepat terjadinya ruam lampin. Jadi, pilih lampin yang nyaman
(tidak ketat dan menyerap cairan dengan baik), selalu ganti lampin si kecil, serta jaga kebersihan daerah
yang tertutup lampin, Biasanya anda  mencalitkan krim sapuan pada ruam, tapi haruslah sesuai dengan
saranan doktor.

Selesema (flu) 
Penyakit yang disebabkan virus influenza ini tidak perlu membuat anda cemas, kerana akan sembuh
dengan sendirinya setelah 3-4 hari. Gejalanya antara lain hidung meleleh, demam, menggigil, sakit
keronkong, batuk, tidak enak badan, dan sebagainya. Jadi, atasi dengan cara si kecil beristirehat, banyak
minum, diberi ubat penurun panas (kalau demam), sedut hingusnya dengan pipet, dan sebagainya. Ukur
juga suhu tubuhnya 3-4 jam sekali. Jika suhunya tetap tinggi selama 36 jam atau keadaannya makin parah
setelah 48 jam, cepat bawa jumpa doktor.

Batuk 
Iaitu gejala penyakit atau reaksi tubuh untuk mengusir benda asing yang masuk ke kerongkong atau saluran
pernafasan. Batuk biasanya diikuti oleh kahak, namun boleh juga tidak. Jadi, bila batuknya berkahak,
telungkupkan si kecil di pangkuan dan tepuk-tepuk punggungnya biar kahaknya keluar. Biar tidurnya tetap
nyenyak, alas kepala dan bahu dengan bantal. Lendir dan hingus tidak masuk ke tekaknya semula. Jika
batuk tidak sembuh dalam 3-4 hari, segera berjumpa doktor. Jika batuknya kering, ini bererti ada benda
nakal yang memasuki dan harus cepat-cepat dikeluarkan. Caranya? Telungkupkan bayi pada lengan anda.
Kepala dan lehernya ditopang ya. Kepala agak lebih rendah dari bahu, lalu tepuk-tepuk punggungnya
sampai benda tersebut tanggal.

Peluh gatal 
Bintil-bintil merah yang gatal ini muncul kerana tersumbatnya kelenjar peluh. Untuk mengatasinya, selalu
ganti pakaian si kecil (kalau terus berpeluh), lap peluhnya, mandikan dengan air sejuk, dan biarkan telanjang
sebentar. Kalau radangnya makin menjadi-jadi, berikan krim sapuan atau bedak khusus yang sesuai dengan
saranan doktor. Bawa ke doktor jika peluh gatalnya tidak sembuh-sembuh, serta terinfeksi (ada bintik-bintik
putih dan bernanah).

Penyusuan Bayi

Manfaat Menyusukan Bayi 


Harus diakui, menyusukan bayi sudah terbukti dapat meningkatkan kesihatan bayi baru anda, baik dalam
jangka pendek mahupun jangka panjang. Dan, ada banyak manfaat dari menyusukan bayi untuk si kecil dan
Anda. Apakah dia?

Bagi bayi anda, ASI (Air Susu Ibu) mengandungi nutrisi paling utama yang amat sesuai keperluannya.
Misalnya, kolostrum kadangkala disebut pula “imunisasi pertama” kerana mengandung zat pelindung tubuh
yang lengkap. Jadi, usah hairan, kalau bayi ASI lebih jarang mengalami alahan, cirit birit, gangguan
pencernaan, sakit telinga, serta gangguan pernafasan. Cuma itu sajakah?

Ada lagi. Berbagai penelitian menunjukkan, lemak esensial dalam ASI (tidak ditemukan dalam susu formula)
penting untuk perkembangan otak. Bahkan, kajian membuktikan, bayi ASI akan memiliki IQ yang lebih tinggi.
Selain itu, bayi ASI berisiko lebih rendah untuk mengalami SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Juga, ASI
akan “bekerja keras” memberi perlindungan seumur hidup terhadap penyakit kencing manis, barah
(termasuk barah payudara), dan sebagainya.

Menyusu juga akan membuat perkembangan rahang dan wajah si kecil jadi benar-benar kuat. Bagaimana
dengan anda? Menyusui adalah persediaan istimewa untuk bersama-sama menjalin pendekatan dan
memupuk sifat saling memahami. Kesannya, iai memberikan kesan perlindungan terhadap barah payudara
bagi ibu yang menyusukan bayi. Bahkan, semakin lama menyusui si kecil, maka perlindungan yang akan
anda perolehi semakin panjang.

Selain itu, proses menyusukan bayi akan menggunakan lebih banyak kalori, ini akan membantu anda
menghilangkan pengumpulan lemak yang berlaku selama kehamilan. Juga, menyusukan bayi akan
membantu rahim anda lebih cepat kembali ke ukuran semula dan dapat mencegah pendarahan (bila anda
mulai menyusui segera setelah melahirkan). Masih ada manfaat lain lagi…

Waktu yang anda habiskan untuk menyusui sebenarnya memberi kesempatan bagi anda untuk beristirehat,
pulih kembali, dan juga menjadi tenang. Life is  fast-paced. Jadi, menyusui akan turut “menurunkan
kekalutan” dalam rutin sehari-harian anda. Dengan begitu, anda punya lebih banyak waktu untuk si kecil.
Apa yang pasti ialah menyusui itu senang. Anda juga  akan selalu punya stok makanan untuk si kecil.
Suhunya pun pasti sesuai, sehingga tidak perlu bersusah-payah memanaskannya. Bila berjalan jauh, tidak
usah panik dan buru-buru ke kedai untuk membeli susu formula, tidak ada acara “mengaduk-aduk” susu,
serta tidak perlu memikirkan urusan simpan - menyimpan susu. Senang bukan?

Komposisi Lengkap ASI 


ASI sememangnya unik. Ini kerana, komposisi zat-zat  gizinya ASI selalunya berubah-ubah mengikut usia
bayi anda. Misalnya, sejak lahir hingga usia 2 minggu, air susu pertama disebut kolostrum. Ianya berupa
cairan bening berwarna kekuning-kuningan. Sebab itu , antara 2-4 minggu ia disebut sebagai susu
peralihan. Sesudah itu, barulah disebut ASI biasa.
Disamping itu, komposisi zat-zat gizi ASI juga sangat fleksibel terhadap keperluan tubuh bayi. Contohnya,
produksi ASI dari ibu bayi pramatang akan berbeza dari bayi yang lahir cukup bulan. Disamping itu, ASI yang
keluar pada awal menyusui juga banyak mengandung protein, manakala ASI yang keluar selepas itu pula
banyak mengandungi lemak.  Dengan begitu, komposisi zat gizi yang dimakan oleh bayi anda
sememangnya benar-benar lengkap!

ASI juga turut mengandungi enzim pencernaan yang amat sesuai untuk tubuh bayi anda. Contohnya seperti
amilase (menguraikan karbohidrat), protease (menguraikan protein), dan lipase (menguraikan lemak).
Kesemua enzim ini akan membantu si kecil anda mencernakan semua zat. Oleh itu, sisa metabolisme yang
keluar melalui ginjal bayi anda tidak akan banyak lagi.  Apa lagi?
Pemberian ASI, lebih-lebih lagi  secara eksklusif, akan menjauhkan si kecil dari alahan. Ini kerana, ada
sesetengah bayi yang tidak tahan terhadap protein asing yang terdapat didalam susu formula.

ASI eksklusif selama 6 bulan 


ASI eksklusif adalah pemberian ASI (Air Susu Ibu) semata-mata pada bayi anda. Ini bererti, anda tidak perlu
risau untuk menyiapkan makanan sampingan seperti susu forumla, air putih, jeruk, pisang, bubur susu, dan sebagainya.


Pada saat ini, ASI eksklusif dianjurkan diberikan  sehingga si kecil berusia 6 bulan. Kenapa begitu?
Sebenarnya, pencernaan bayi belum berfungsi dengan sempurna sebelum usia 6 bulan. Jadi, ASI adalah
salah satu makanan yang paling sesuai dicerna oleh si kecil. Tambahan lagi, penghasilan  ASI anda cukup
baik sebagai satu-satunya makanan untuk pertumbuhan si kecil hingga umur 6 bulan. Tentu saja, cara untuk
pengaturannya juga mesti tepat.

Cuma, pemberian ASI eksklusif perlu dihadkan sehingga 6 bulan saja. Setelah 6 bulan, bayi perlu makanan
sampingan, berupa makanan lunak. Pada waktu ini, ASI hanya memenuhi 60-70% dari keperluan si kecil.
Cara tepat menyusukan bayi

Bila masa untuk mula menyusukan bayi? 
Sebaik sahaja setelah lahir, sebenarnya si kecil sudah mampu untuk menyusu buat pertama kalinya. Jika
tidak boleh, lakukan ia selepas 30 minit setelah melahirkan bayi. Mengapa? Kerana, pada waktu inilah si
bayi mempunyai daya tindakbalas yang kuat untuk menghisap ASI. Amat sayang sekali kalau ia tidak
dilakukan dengan cepat. Tambahan lagi, air susu pertama ini mengandungi kandungan zat seimbang yang
tinggi yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Kolostrum itu tinggi protein dan rendah karbohidrat dan
lemak dan menjadikan ia mudah dicerna oleh bayi.


Bagaimana kalau si kecil lahir melalui pembedahan? 
Biasanya jika sebegini, ia belum boleh  disentuh selama 24-48 jam. Meskipun begitu,  usah khuatir
walaupun bayi anda hanya mahu menyusu pada hari yang ke-3. Tubuhnya masih menyimpan kelebihan
cairan dan, kolostrum akan tetap keluar dari tubuh anda.

Memang, pada mulanya anda dan bayi anda perlu banyak-banyak “berlatih”. Si kecil belajar menyusu dan
merangsang produksi ASI, sedangkan anda belajar menyusukan bayi dan menghasilkan ASI. Lama
kelamaan anda berdua pasti menemui cara dan posisi menyusukan bayi yang paling sesuai. Semakin
teratur dan lama hisapan bayi, semakin banyak pula susu yang akan anda hasilkan.
Posisi menyusukan bayi yang betul

Acara menyusukan bayi akan berjaya apabila posisi menyusukan bayi anda juga betul. Ini bererti, posisi
tubuh dan cara memegang bayi membuat anda berdua sama-sama selesa. Dan, yang masuk ke mulut bayi
saat menyusu bukan hanya puting susu saja, namun juga sebagian besar areola (daerah hitam di sekitar
puting). Inilah beberapa posisi menyusukan bayi yang umum dilakukan:

z Posisi menggendong 
Baringkan si kecil dalam posisi mengiring. Dengan begitu, sebagian muka, perut dan lututnya
menempel pada dada dan perut anda. Selipkan tangan bayi lainnya di bawah lengan anda agar ia
biar bebas bergerak-gerak. Ini posisi menyusukan bayi paling disukai sepanjang zaman.

z Posisi menggendong silang 
Sangga kepala bayi dengan telapak tangan. Kepala, bahu dan perutnya menghadap anda. Jika
anda menyusukan bayi dengan payudara kiri, pegang si kecil dengan tangan kanan. Lekatkan
mulutnya ke puting susu dengan ibu jari, sedangkan lengan anda di belakang kepalanya. Posisi ini
biasa jadi pilihan jika payudara anda terlalu besar bagi mulut si bayi.

z Posisi tidur bersisian 
Alas kepala, bahu dan kedua lutut anda dengan bantal. Dengan begitu, punggung dan panggul anda
dalam garis lurus. Sambil tidur berhadapan, bantu mulutnya mendekat pada puting susu. Untuk lebih
selesa, alas kepala bayi dengan bantal juga. Posisi ini biasa dilakukan jika anda belum mampu
duduk dengan selesa kerana disebabkan proses pembedahan caesar.

z Posisi menyangga kepala
Sangga kepala, leher, dan bahu si kecil dengan telapak tangan anda, sedangkan tubuhnya
diletakkan di bawah tangan anda. Mukanya menghadap anda. Untuk keselesaan alas tangan anda
dengan bantal yang diletakkan di atas pangkuan. Kalau anda akan menyusukan bayi pada payudara
kanan, pegang bayi dengan tangan kanan. Arahkan mulut bayi ke putting susu anda. Posisi ini baik sekali bila si kecil kembar, puting susu anda datar, dan anda baru sahaja selesai pembedahan
caesar.


Jadual tidak perlu ketat 
Pada prinsipnya, biarkan bayi baru anda menyusu sepuas-puasnya pada minggu-minggu pertama
kehidupannya. Jangan sekali-kali mencipta jadual minum susunya. Sebab, menyusukan bayi setiap saat
adalah bererti memenuhi seluruh keperluan tubuh bayi anda.

Pada kebiasaannya, bayi yang baru lahir perlu disusui  sekitar 8-12 kali dalam 24 jam. Masalahnya, bayi
anda ini akan lebih banyak tidur di siang hari (lebih dari 2-3 jam). Makanya, anda harus rajin-rajin
membangunkannya agar ia tidak kehilangan kesempatan emas, iaitu  ASI. Bukankah setiap 2-3 jam ia harus
menghisap ASI?

Bagaimana dengan malam hari?  
Justeru, bayi yang baru lahir akan lebih sering menyusu pada waktu malam. Entah mengapa, ia senang
sekali mengajak anda bermain dengannya. Padahal, ia harus tidur lebih lama, iaitu 3-4 jam. Kebiasaannya,
penghasilan ASI anda juga sudah cukup dengan keperluannya. Lama-kelamaan, si kecil akan semakin
kurang tidur. Bertambahnya usia akan membuatnya semakin pintar untuk membezakan malam dan siang.
Apakah kelebihan menyusukan bayi tanpa jadual yang ketat? Apa yang pasti, penghasilan ASI anda akan
meningkat. Selain itu, penyumbatan kelenjar susu juga dapat dicegah. Sekaligus akan menghindarkan anda
dari kemungkinan mengalami payudara bengkak atau meradang.
Tambahan pula, tempoh bayi menyusu untuk satu payudara sekitar 10-15 minit. Kalaupun masih haus,
teruskan pemberian ASI. Jangan dihentikan begitu saja. Ada juga bayi yang boleh menyusu hingga lebih dari
15 minit.

Memerah dan menyimpan ASI 
Mengeluarkan atau memerah ASI dilakukan apabila anda ingin meninggalkan si kecil di rumah. Pada
kebiasaannya, memerah ASI dilakukan dengan 2 cara, iaitu dengan tangan (memijat payudara) atau dengan
dengan alat bantuan (berupa pengepam ASI, baik pengepam manual/menggunakan tangan maupun
pengepam elektrik/menggunakan tenaga elektrik). Yang manakah yang lebih sesuai?
Ia terpulang kepada anda. Untuk kepastian, kebanyakkan ibu masa kini memilih memerah ASI dengan alat
bantu, yang boleh didapati di dalam pelbagai rupa bentuk di pasaran. Sebaiknya, pilih pengepam yang juga
dilengkapi dengan botol supaya ia lebih memudahkan. Adalah lebih baik jika  pengepam tersebut boleh
mengeluarkan ASI dari kedua payudara dalam masa 15 minit.

Selesai memerah, ASI perlu disimpan. Untuk memastikan kualiti ASI tetap baik, ada beberapa aturan yang
perlu dipatuhi. Contohnya, pilih medium penyimpanan ASI yang diperbuat dari plastik (tidak cepat pecah)
dan tertutup rapat (tidak tumpah), jangan simpan ASI di suhu bilik hingga lebih dari 3 jam (jadi sasaran
serangan mikroorganisme), ASI akan menjadi beku apabila disimpan dalam peti ais sampai 72 jam, jangan
hangatkan ASI dengan microwave (panas berlebih akan merosak zat di dalamnya), dan masih banyak lagi.

Mensendawakan Bayi / Tersedak susu
Ketika menyusu, bayi juga akan menelan udara. Dan ini boleh menyebabkannya kembung. Oleh itu, untuk
mengeluarkan udara yang ditelan sewaktu menyusu itu, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut :-

1.Telungkupkan bayi.
2.Letakkan perutnya di atas pangkuan anda dan sangga dadanya.
3.Pastikan kepalanya lebih tinggi dari tubuhnya.
4.Secara perlahan, tepuk-tepuk punggungnya.
5.Dukung dan pastikan bahagian depan tubuhnya menghadap anda.
6.Salah satu tangan anda menahan tengkuk dan membokong si kecil, sementara tangan lain
   mengelus-elus punggungnya.
7.Biarkan kepalanya tetap bersandar pada bahu anda. Pastikan hidungnya tidak tertutup oleh tubuh
anda.
8.Telentangkan si kecil di atas pangkuan.  Sangga tengkuk dan bokongnya. Kepalanya mesti lebih
tinggi dari tubuh. Tepuk-tepuk punggungnya ya.



Masalah-Masalah Menyusukan Bayi 
Kadangkala, proses menyusukan bayi tidak begitu berjalan lancar. Antara masalah yang paling kerap dialami
oleh ibu yang menyusukan bayi ialah mengalami kebengkakan payudara. Namun begitu, anda tidak perlu
risau, ia mempunyai jalan penyelesaiannya..
Bagaimana caranya?

Payudara membengkak 
Biasanya berlaku selepas 2-3 hari setelah melahirkan anak. Payudara membengkak biasanya berlaku
disebakan peningkatan aliran darah ke payudara dan bermulanya proses pengjasilan ASI. Masalah ini akan
menyebabkan puting susu menjadi rata sehingga menyebabkan bayi sukar untuk menyusu. Gangguan ini
akan berkurang dalam waktu 24-48 jam, namun ia boleh menjadi-jadi jika anda jarang menyusukan bayi
anda. Untuk mengatasinya, anda perlulah selalu menyusui bayi anda hingga payudara anda betul-betul
kosong, jangan pakai coli yang ketat, tekap payudara dengan beg air dingin dan picit-picit payudara anda
sebelum mula menyusukan bayi.

Payudara meradang 
Gangguan ini dikenal juga sebagai mastitis. Umumnya, ia terjadi 2-6 minggu setelah melahirkan anak akibat
adanya infeksi bakteria serta pemakaian coli yang terlalu ketat. Gejalanya? Payudara membengkak,
berwarna  kemerahan, demam, dan merasa sangat letih. Untuk itu, tekap payudara dengan air hangat dan
kerapkan menyusui bayi anda. Segera berjumpa doktor bila radang cukup parah dan timbul abses (nanah)
pada payudara. Jika ini berlaku, anda perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah tersebut.

Puting susu 
Selain payudara, puting susu juga sering jadi sasaran masalah. Dan ternyata, cukup mengganggu juga bila
dibiarkan berlarut-larut. Apa yang perlu anda beri perhatian?

Puting susu datar 
Masalah ini berlaku kerana putting susu anda pendek atau terbenam ke dalam. Untuk mengatasinya, tarik
puting susu keluar dengan jari tangan, tahan selama beberapa saat. Lakukan ini sebanyak 2 kali sehari.
Atau, gunakan alat bantu, seperti nipple shields dan breast shields. Boleh juga, puting susu “direndam” dulu
ke dalam air hangat sebelum menyusui, lalu tarik-tarik puting susu keluar.

Puting susu ngilu 
Perkara ini biasa berlaku pada saat-saat awal menyusukan bayi. Bila tidak terasa begitu pedih , teruskan
saja menyusui si kecil anda. Untuk mengurangkan rasa kepedihan, urutkan sedikit ASI pada puting susu dan
sekitarnya atau tekap payudara dengan air hangat sebelum menyusu. Lepas menyusu, urutkan lagi ASI
pada payudara, lalu biarkan kering. Biar puting susu tetap kering, pilih-pilih BH (bahan menyerap peluh,
seperti katun) dan juga selalu mengganti BH.

Jumlah ASI 
Menyusukan anak melibatkan proses menghasilkan dan mengeluarkan ASI. Untuk memastikan pemberian
ASI lancar, kedua proses itu haruslah berjalan seimbang. Tidak berkurangan dan tidak juga berlebihan.
Kenapa begitu?

Monday, May 7

Selepas Kelahiran

Sakit-sakit Badan

Pada minggu pertama setelah melahirkan anak, tubuh anda akan memulakan proses pemulihan diri. Oleh
itu, anda akan dapat merasakan beberapa perubahan kecil berlaku pada tubuh anda. Antara perubahanperubahan yang akan anda alami..

Payudara terus membengkak 


Hal ini akan terjadi sehingga 2-3 hari setelah kelahiran anak, ini adalah untuk mempersiapsediakan
pengeluaran air susu dari tubuh anda. Pembengkakan payudara ini akan mula menyusut sebaik sahaja
anda mulai menyusukan bayi anda. Proses penyusuan pul aperlulah dilakukan secara teratur, jika tidak,
payudara anda mungkin akan terus membengkak.

Rahim mulai mengecut 


Proses pengecutan rahim memang agak menyakitkan. Untuk kembali ke ukuran semula, rahim akan
mengecut sekitar 1 cm setiap hari. Proses pengecutan ini akan mencegah terjadinya pendarahan selepas
bersalin (tumpah darah) . Salah satu cara mudah untuk mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan
minum air, jesturu itu, ia juga akan membuatkan anda kerap kali membuang air kecil dan ini sedikit sebanyak
membantu kelancaran proses pengecutan tersebut.

Mengalami sembelit 


Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron telah membuatkan otot-otot saluran pencernaan
berkontraksi lebih lambat. Dan, hormon ini masih lagi kekal tinggi pada minggu pertama hingga minggu
kedua setelah anda melahirkan bayi. Oleh itu, perbanyakan makanan berserat tinggi, banyak minum,
berjalan-jalan (akan membantu pergerakan usus), serta lakukan senam Kegel (melatih otot-otot vagina
dengan cara seolah-olah ingin membuang air kecil selama beberapa detik, lalu mengendurkannya lagi).
Setelah 2 minggu, keadaan sembelit ini biasanya akan beransur baik.

Kesakitan Pada Perineum 


Ini terjadi kerana bekas jahitan pembedahan atau trauma ketika melahirkan bayi. Kalau anda terasa sakit,
anda mungkin boleh menekap perineum anda dengan ketulan ais yang dibungkus kain. Anda juga boleh
berbaring secara mengiring dan duduk di atas bantal (agar otot-otot di sekitarnya berasa amat selesa), atau
kerapkan melakukan senaman Kegel. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, bilas atau
“rendam” perineum dengan cairan antiseptik (seperti anjuran doktor) selama 5 minit.

Pengeluaran darah tanpa henti 


Lokia adalah keluarnya cairan dari vagina selama 3-6 minggu. Sampai hari ke-4, cairan yang keluar
umumnya berwarna merah tua dan lokia akan berubah  warna secara berperingkat-peringkat, dari merah
muda, kecoklatan, hinggalah kepada kekuning-kuningang. Pembalut wanita, bukan tampon, biasa digunakan
untuk menyerap cairan yang keluar. Jadi, haid yang sebenarnya paling cepat terjadi selepasr 6 minggu
setelah persalinan (bila anda tidak menyusui), serta kira-kira beberapa bulan sesudahnya (bila anda
menyusui).

Sakit lepas buang air kecil 


Jika anda menjalani pembedahan caesar, pundi kencing anda akan menjadi sensitif selama beberapa
minggu. Ini kerana, pundi kencing terpaksa dipisahkan dari rahim anda untuk memudahkan proses kelahiran
bayi.  Ini mengakibatkan, dinding pundi kencing anda akan menjadi bengkak. Kalau persalinan anda normal,
gangguan hanya terjadi sekitar 1-2 minggu saja. Pundi kencing menjadi bengkak kerana tertekan ketika
kelahiran bayi. Untuk menghilagkan rasa kait ini, anda perlu berjalan-jalan sedikit atau menekapkan
perineum anda dengan ais supaya timbul keinginan untuk membuang air kecil.

Bagaimana depresi boleh terjadi?

Disebabkan and abaru sahaja melahirkanbayi, hormon-horman di
dalam badan anda sudah pastinya belum dapat berfungsi dengan seimbang. Ini serba sedikit akan
menyebabkan perasaan depresi (tertekan) kepada diri anda. Sebenarnya, ada beberapa jenis depresi .
Namun begitu, depresi yang sering melanda para ibu setelah melahirkan bayi adalah depresi jenis  “baby 
blues” dan “postpartum depression”.

Apakah perbezaannya? 

Baby blues adalah bentuk depresi yang paling ringan. Biasanya, ia timbul antara 2 hari hingga 2 minggu
setelah melahirkan bayi. Lamanya depresi juga tidak terlalu berlarut-larut, hanya sekitar 2 minggu saja. Apa
yang pasti, 80% ibu yang baru melahirkan andak akan mengalami “baby blues” ini.
Terdapat beberapa tanda anda mengalami depresi baby blues.

 Antaranya, anda selalu berasa sedih, sering menangis, dan sensitif. Biasanya, gejala depresi ini tidak akan memburuk, sehingga anda terpaksa menjalani terapi khusus. Sokongan dari ahli keluarga sam ada dari suami serta keluarga biasanya sudah cukup untuk membantu anda melalui waktu-waktu yang sukar ini.

Postpartum depression (PPD) pula adalah bentuk depresi yang lebih serius. Bezanya dengan baby blues
adalah pada frekuensi, intensiti, dan tempoh ia berlaku. Masalah tidur adalah satu cara untuk membezakan
keduanya. Jika anda sentiasa berasa gelisah sehingga tidak boleh tidur, kemungkin besar anda mengalami
PPD. PPD mungkin wujud selepas 2 minggu hingga setahun setelah anda melahirkan anak. Gejalanya?
Anda merasa tidak bermaya, gelisah, bimbang akan menyakiti si kecil, sukar menumpukan perhatian, tiada
nafsu makan, berat badan menurun, berasa bersalah, dan sebagainya.

Seringkali, PPD juga terjadi kerana stress, iaitu anda merasa seperti tidak sanggup untuk menjalani peranan
baru sebagai seorang ibu dan ditambah pula dengan persekitaran keluarga yang tidak membantu. Jadi, ia
bukanlah hanya disebabkan oleh hormon semata-mata.

Perlu diketahui, keberangkalian depresi ini berulang bagi setiap 1 dari 10 ibu adalah sehingga 50% . Oleh
itu, jangan sekali-kali menundakan rawatan terapi anda. Selalunya, rawatan ini akan dijalankan oleh pakar
psikitari dan kadangkala memerlukan anda mengambil ubat-ubatan. Usah bimbang, ubat yang digunakan
adalah sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi.

Tips Saat-Saat Melahirkan Baby.

Akhirnya, tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Selepas 9 bulan mengandungkan cahaya mata anda, sudah
pastinya, inilah hari yang paling mendebarkan dan menggembirakan anda. Lebih mendebarkan apabila anda
membayangkan proses kelahiran yang perlu anda lalui. Bagaimana mengatasi perasaan berdebar-debar
dan gemuruh tersebut?

Perkara pertama yang perlu anda lakukan, ialah bertenang terlebih dahulu. Alihkan fikiran anda dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang menyenangkan, seperti mandi air hangat, baca buku, bersembang, main
games, menonton filem kesukaan, dan sebagainya. Apa  yang lebih penting, dapatkan info-info yang
berkaitan dengan proses kelahiran sebanyak mungkin. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih tenang
kerana anda sudah tahu mengenainya. Percayalah, segala sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya. Apa
yang lebih penting, tabahkan hati anda di dalam melahirkan ‘lambang’ cinta antara anda dan suami anda.

Mengenali tanda-tanda kelahiran 

Pada waktu ini, sememangnya, anda boleh melahirkan bayi anda pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu,
anda perlulah bijak membezakan antara tanda-tanda kelahiran palsu dengan yang betul. Harus diakui,
sememangnya agak sukar untuk membezakan antara kontraksi palsu dengan kontraksi yang benar..
Sebagai panduan, kelahiran sudah hampir apabila:

Rasa sakit ketika kontraksi bermula dari rahim dibahagian atas, lalu merebak ke bagian atas tulang
kemaluan. Lama-kelamaan kontraksi akan menjadi teratur, serta kesakitannya semakin kuat.
Keluar cairan jernih, berwarna putih kekuningan, dan banyak jumlahnya. Ini adalah air ketuban yang pecah. Dari vagina, keluar lendir bercampur darah.

Sebenarnya, terdapat 3 fasa kelahiran, iaitu: 

Fasa 1: Bermula dari tanda-tanda persalinan dan berakhir ketika pembukaan mulut rahim sudah
lengkap.

Seiring dengan terjadinya kontraksi, mulut rahim membuka secara perlahan. Sebagai panduan, pembukaan
jalan lahir biasanya diukur dengan sentimeter (cm). Misalnya, pembukaan 3 bererti mulut rahim sudah
membuka sebesar 3 cm.

Pada pembukaan 8, anda sudah memasuki tahap peralihan. Pada tahap ini, kontraksi sudah agak cepat dan
jaraknya lebih pendek, iaitu setiap 2 minit. Pada waktu ini, kepala bayi sudah berada di jalan lahir dan mulut
rahim hampir membuka penuh. Tetapi, anda belum boleh meneran, walaupun kepala bayu sudah mula
menolak. Kalau dipaksakan juga, ia akan menyebabkan laluan kelahiran terkoyak. Meneran hanya boleh
dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna, iaitu 10 cm. Ramai calon ibu yang tidak dapat
menahan kesakitan pada waktu ini. Untuk menghadapi tahap ini, mintalah minuman daripada jururawat,
selalu buang air kecil, atur nafas, atau jalan-jalan sekeliling katil.

Berapa lamakah waktu berlangsungnya tahap ini? Ianya berbeza-beza. Untuk kelahiran anak pertama,
biasanya, kontraksi akan berlaku diantara 5-24 jam. Tetapi, bagi kelahiran anak kedua, kontraksi akan
berlaku lebih cepat, iaitu 2-6 jam.

Fasa 2: Bermula dari saat pembukaan mulut rahim secara penuh hingga kelahiran bayi
Ini adalah pengakhiran bagi “perjalanan” si kecil anda. Ia sudah bersedia untuk dilahirakan. Anda pun sudah
boleh mula meneran. Untuk memudahkan proses pengeluaran kepala kepala bayi, proses meneran haruslah
serentak dengan datangnya kontraksi. Oleh itu, ikuti petunjuk doktor agar segala-galanya berjalan dengan
lancar. Pada kebiasaannya , tahap ini akan berlangsung sekitar 2 jam, namun begitu ianya boleh menjadi
lebih cepat jikalau anda sudah bersedia melahirkan bayi anda.

Pada saat proses kelahiran berlangsung, kawan perineum (antara anus dan vagina) akan meregang dan
cenderung merobek. Kalau ini terjadi, doktor akan menggunting perineum anda agar robekan teratur. Pada
kebiasaannya, setelah kepala bayi mula menonjol,  secara automatik ia akan meluncur sehingga bahu dan
bahagian tubuh lainnya akan meluncur keluar dengan mudah.

Fasa 3: Bermula dari kelahiran sehingga keluarnya plasenta.

Tahap ini biasanya berlangsung selama 20 minit. Pada waktu ini, anda masih mengalami kontraksi. Malahan, kontraksi tersebut akan memudahkan keluarnya plasenta. Biasanya , anda akan diminta untuk
meneran lagi. Untuk mengetahui apakah plasenta sudah lepas atau belum, doktor akan “menekan”
dibahagian bawah perut anda. Setelah plasenta “dikeluarkan”, doktor akan melakukan penjahitan perineum.
Ini hanya akan dilakukan jikalau pengguntingan perineum ada dilakukan sebelum ini atau atau ada robekan
di perineum yang berlaku secara spontan.
Aku sudah menjadi ibu …

Melahirkan si kecil sudah pastinya menjadi saat  yang tidak boleh anda lupakan. Setelah 9 bulan
mengandungkannya, kini tibalah masanya untuk anda bersemuka dengan zuriat anda. Ia juga bererti, satu
tanggungjawab baru menanti anda. Kini, sudah tiba saatnya anda bergelar seorang ibu. Pastyinya. Ianya
sesuatu yang membahagiakan...

Diet Dan Permakanan Ketika Hamil

1. Makan Dengan Bijak & Selamat


Sebaik - baiknya, makanan yang mampu dicerna oleh  janin seharusnya diberi keutamaan, melainkan ia
benar – benar berkualiti baik. Oleh itu, anda perlu menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat yang
paling utama mengenai pemakanan  seimbang selama tempoh hamil. Juga, pastikan makanan yang anda
makan benar-benar serasi bagi anda dan si kecil. Dengan begitu, janin akan membesar dengan sihat. Bukan
itu sahaja, kesihatan ibu yang hamil juga tetap terjamin.

2.Apakah makanan seimbang yang sesuai sewaktu hamil?


Sejak di awal kehamilan, sebaiknya anda (ibu hamil) menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.
Dan perlu ketahui juga, anda memerlukan tambahan kalori, protein, vitamin, dan mineral. Kenapa? Ia adalah
untuk kesihatan si kecil dan juga anda.

Semasa hamil, paras kalori anda perlu ditambah lagi pada peringkat ke-2 dan ke-3. Biasanya, sekitar 285
kcal/hari. Bagaimana dengan protein? Pada kebiasaannya anda hanya memerlukan sebanyak 48 g sehari,
tetapi, sewaktu hamil ia harus ditingkatkan kepada  12 g / hari. Begitu juga dengan vitamin dan mineral .
Contohnya, asid folik yang tadinya cukup 150 mg/hari, perlu ditambah lagi sekitar 150 mg/hari. Kelihatannya
agak rumit ya? Oleh itu, sebaiknya berbincangah dengan doktor anda untuk mengira jumlah zat pemakanan
yang harus anda ambil ketika saat kehamilan.

Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep piramid
makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin  ke bawah, semakin besar keperluan yang harus
anda penuhi setiap hari.

Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah:

  1. Lemak dan gula (secukupnya saja) 
  2. Susu, yogurt, dan keju (2-4 hidangan/hari) 
  3. Ikan, daging (sapi, ayam), telur, dan sumber protein lainnya (2 hidangan/hari) 
  4. Sayur dan buah-buahan (4-5 hidangan/hari) 
  5. Roti, serealia, nasi, dan pasta (4-6 hidangan/hari) 


Satu perkara yang anda perlu ketahui, janin anda akan sentiasa menyerap zat-zat yang diperlukan daripada
tubuh anda, oleh itu, jika tubuh anda kekurangan zat yang tertentu, ia akan memberikan kesan kepada diri
anda dan tidak mustahil juga kepada janin anda. Contohnya, janin akan sentiasa mengambil kalsium yang
tersedia ada di dalam tulang anda , oleh itu apabila tubuh anda kekurangan kalsium, anda mungkin akan
mengalami kerapuhan tulang atau osteoporosis kelak.


Satu perkara lagi yang perlu anda ketahui, keperluan zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbezabeza. Mengapa? Ini kerana, ada zat  yang amat diperlukan oleh janin anda secara optimun pada usia 
tertentu.

Peringkat ke-1:

Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan
pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh
anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga
mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin
akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.

Peringkat ke-2: 

Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein,
kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Peringkat 3: 

Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega-
3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

Katakan TIDAK pada makanan ini

Makanan yang anda makan sangat menentukan tahap kesihatan janin anda. Oleh itu, jangan ambil mudah
dengan makanan anda. Secara mudahnya, berikut adalah makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan
sewaktu tempoh kehamilan:

Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (MonoSodium
Glutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu pembesaran janin, khususnya perkembangan
otaknya.

Makanan yang telah diawetkan atau diasap, seperti sosej, kornet, salami,  bacon (daging anjing),
ham (daging babi), daging asap, ikan asap, dan sebagainya. Sebab, mungkin semasa mengandung,
sodium nitrit yang dalam tubuh diubah menjadi  nitrosamin. Sedangkan, zat tersebut dapat
menyebabkan timbulnya barah dan mengganggu perkembangan janin. Lalu, zat pewarna dalam
sosej dan kornet, iaitu sendawa, juga berbahaya pada tubuh.

Makanan yang banyak garam, seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang, dan sebagainya.
Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat. Misalnya, burger, hotdog, kentang goreng, kerepek,
dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak, dan garam pada makanan tersebut biasanya
sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya.

Makanan yang tidak boleh diolah dengan sempurna, kerana selalunya masih mengandungi kuman.
Misalnya, bakteri Listeria monocytogenes yang sering mencemari daging, ayam, dan ikan yang
diolah setengah matang, dapat mengakibatkan keguguran atau bayi lahir meninggal. Atau, ayam
dan telur yang dimakan mentah atau setengah matang dihinggapi oleh bakteri Salmonella, secara
tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual pada peringkat pertama, disamping
menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik. Nutrisi yang Vital meningkatnya hormon
kehamilan secara tidak langsung akan membuat tubuh anda melakukan pelbagai penyesuaian.
 
Ya, ini tidak lain untuk perkembangan janin, persiapan persalinan dan menyusui si kecil kelak. Tidak
hairanlah kalau keperluan tubuh akan berubah, zat-zat yang diperlukan lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi,
sebelum anda menjamah sesuatu makanan, pastikan dulu apakah zat-zat penting yang diperlukan oleh
tubuh anda.. Apakah dia?


Kalori (tenaga)


Diperlukan untuk pertumbuhan janin, metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda), serta cadangan
protein. Jadi, kalori biasanya boleh  didapati daripada bahan makanan yang mengandung karbohidrat,
protein, dan lemak. Tetapi, tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidat. Rata-rata lemak
menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram.

Karbohidrat 

Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan “bahan bakar” atau tenaga untuk melakukan aktiviti
sehari-harian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (dihancurkan), mee, roti, kentang, gula,
dan sebagainya.

Protein 

Berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimalkan
perkembangan otak janin, menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI), dan sebagainya. Protein biasa didapati
dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacangkacangan, biji-bijian, tempe, tahu, oncom, dan lain - lainnya). Jika ingin lengkap, gabungkan saja protein dari haiwan dan tumbuh - tumbuhan.

Lemak


Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya,
sekadar mencukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A, D, E, dan K),
pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan sistem saraf janin, dan sebagainya. Di mana ia
boleh diperolehi? Mentega, minyak sayur, ikan, susu, keju, daging, telur, kekacang dan lain-lain.

Vitamin 


Meski pun diperolehi dalam kuantiti yang kecil, vitamin berperananan penting dalam menjaga kelancaran
proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan?

1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang,
menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah – buahan dan sayuran berwarna
hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.

2. Vitamin B
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin),
B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme
karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah,
pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju,
kacang-kacangan, biji - bijian, padi-padian, bayam, tomatoo, pisang, avokadoo, beras merah, dan
lain - lain lagi.

3. Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang,
meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi,
vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomatoo, nenas, dan sebagainya.

4. Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan
fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.

5. Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah
terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya,

6. Vitamin K
Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau,
gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.

Mineral



Seperti dengan vitamin, mineral juga diperlukan untuk metabolisme dalam tubuh. Apakah jenis-jenis mineral
yang diperlukan?

1. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme
fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, polongpolongan, dan lainnya.

2. Iodin (I)
Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (mengatur
pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin.

3. Kalsium (Ca)
Berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan
metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju,
aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.

4. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot,
dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain.

5. Zink (Zn)
Untuk mengoptimalkan perkembangan otak, mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah
anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan
yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya.

6. Zat besi (Fe)
Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa
diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang.

Amalan Ibu Mengandung [Part 6]

Amalan Ibu Mengandung [Part 4]

Amalan Ibu Mengandung [Part 5]

Amalan Ibu Mengandung [Part 3]

Amalan Ibu Mengandung [Part 2]

Amalan Ibu Mengandung [Part 1]

Saat Aku Mengenalimu

Daisypath Friendship tickers

Dengan Lafaz "Aku Terima Nikahnya " Kau Milikku

Daisypath Anniversary tickers

Besday Mr.Lukman

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Besday Mrs.Lukman

Daisypath Happy Birthday tickers

Nur Amni Liyana

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers